Jumaat, 23 Oktober 2009

gembiraku tak tergambar


Setelah mendapat emel dari DBP yang mengatakan saya adalah salah seorang pemenang peraduan kritikan esei, hati ini sudah diulik kegembiraan. Gembiraku tidak terkhabar oleh kata- kata. Aku segera menelefon ibu di kampung untuk memberitahu khabar gembira ini. Ibuku mengucapkan tahniah. Aku berjaya mendapat tempat ketiga dan memenangi hadiah wang tunai berjumlah seribu ringgit, sijil dan hamper. Terima kasih kepada Che Lah, En.Zubir, Dr. Mawar dan rakan- rakan yang banyak membantu.

kalau rezeki tak kemana..

Sudah dua hari bekas pensil saya hilang .Puas saya mencarinya, sehingga ke perpustakaan kerana saya ingat saya tertinggal di situ tetapi tidak juga berjumpa. Akhirnya saya merelakan kehilangannya. Didalamnya terdapat satu pendrive, duit, dan alat tulis. Malam tu ada seorang lelaki telefon dan memberitahu dia menjumpai bekas pensil saya. Kami membuat temujanji di FSSK untuk mengantar bekas pensil dan tidak ada kalimat lain untuk diucapkan selain dari terima kasih diatas kejujurnya hatinya. Inilah yang dikatakan 'kalau dah rezeki tak kemana'.

duit raya..



minggu lepas en.zubir buat rumah terbuka hari raya. saya tidak melepaskan peluang ini untuk berkunjung ke rumahnya. saya bersama 2 lagi rakan pergi menaiki teksi. ramai yang sudah sampai sewaktu kami tiba. kami dijemput makan dan terdapat hidangan di atas meja seperti mee goreng dan rendang. kami bergelak ketawa apabila tikah mula membuat aksi-aksi lucunya. kami juga bergambar sebagai kenang-kenangan. sebelum balik kami diberi duit raya. saya menyimpannya baik- baik dan tidak akan menggunakannya. afiq telah menghantar kami pulang apabila mendapat tahu bahawa kami tidak tahu untuk balik dengan apa. terima kasih en.zubir,terima kasih afiq.

Rabu, 14 Oktober 2009

jasamu kukenang..


Hari ini lepas kelas sastera hikayat, ada jamuan raya bersama Puan Hajah, ada pelbagai juadah di sediakan. En.Zubir juga dijemput bagi memeriahkan suasana dan kami didendangkan lagu raya oleh beliau. Selepas itu, kami bergambar sebagai kenang kenangan. Terima kasih kepada rakan- rakan yang menjayakan jamuan ini dan terima kasih kepada Puan Hajah dan En. Zubir di atas segala ilmu yang dicurahakn..sesungguhnya ilmu pelita kami. Doakan kejayaan kami..

Rabu, 7 Oktober 2009

assaingmant..

Hari ini sehari suntuk saya di perpustakaan, mencari bahan untuk assingment, sehinggakan bumi dalam dakapan hujan pun saya tidak perasan. Saya terjumpa buku tentang Kaedah menanam bagi durian klon dan dan Kaedah mudah membiak pokok ciku, hati terdetik mengapa tidak saya garapkan cerita hang tuah sebagai petani moden atau terlibat dalam bidang pertanian..tentu menarik kan?

Rabu, 9 September 2009

apakah hikmah disebaliknya?


selama 2 bulan saya menunggu seperti menunggu buah yang tidak gugur. ahh sedih hati ini hanya tuhan yang tahu, saya seolah- olah dimain- mainkan oleh ptptn dengan memberi tarikh2 yang palsu. saya menunggu sesabarnya..tapi ini semua dugaan buat saya. Apa yang di tunggu hanya semata- mata tunggu tiada yang berubah. kecewa, sedih, pilu, hampa semuanya berhimpun dalam kotak perasaanku. siapakah gerangan yang sudi menghiburkan hatiku yang duka lara ini? di mana tuan hamba wahai hang tuah? datanglah kepadaku, bisikanlah kalimat2 yang boleh membangkitkan kembali semangatku .tuturkanlah butir bicaramu yang syahdu itu agar bisa menjadi pengubat kecewaku..hidangkanlah aku dengan motivasimu agar aku lebih tabah menghadapi dugaan ini..bisakah hang tuah menjadi seorang pakar dalam motivasi? knapa tidak kan, hang tuah bukan sembarangan orang. semuanya boleh menjadi kenyataan..

Selasa, 8 September 2009


berhamparkan sebidang rerumput hijau, seindah langit gelap, hari ini saya telah meraikan hari ulang tahun kelahiran kawan saya yang ke 22 di Putrajaya. saya bersama 2 lagi kawan saya membeli kek blueburry untuknya. kami juga menghadiahinya sebuah beg tangan. beg itu menarik sekali kerana bentuknya seperti anyaman ketupat nasi. ape2 pun tidak lama lagi seluruh umat islam akan menyambut kedatangan syawal yang indah dan akan dihidangkan dengan ketupat ini. saya juga mendapat hadiah hari lahir saya walaupun hari tesebut telah berlalu pergi beberapa bulan yang lalu iaitu juga beg tangan. terima kasih kawan. terfikir sejenak saya, bila hari lahir hang tuah ye?..

Sabtu, 5 September 2009

cobaan.....

jam menunjukkan pukul 10.30 pagi, di kala itu mentari baru merangkak untuk pertontonkan diri. tanpa membuang masa saya dengan cepat bersiap- siap untuk ke kelas Sastera Hikayat, namun setibanya di kelas, saya mendapati tiada seorang teman pun yang berkelibat. detik itu barulah saya teringat bahawa kelas di anjak ke pukul 1 thgari. tanpa berfikir panjang, saya bersama kawan saya meluru ke jalan untuk ke destinasi seterusnya iaitu PTSL untuk mencari bahan Sastera Hikayat. setibanya di sana, sekali lagi saya mendapat ujian yang sama kerana PTSL tutup kerana minggu pertama. Ya Allah! penatnya. saya dan kawan saya terus duduk di satu tempat untuk menghilangkan penat. di situ saya menjadi kaunter pertanyaan pula kerana orang-orang yang datang akan bertanya kepada saya kenapa PTSL tutup. saya melihat ada bermacam- macam telatah dan memek muka manusia apabila dalam situasi terkejut melihatkan PTSL tutup. saya tergelak seorang diri. macam mana memek muka hang tuah ye kalau terkejut?

Khamis, 3 September 2009

semalam adalah hari yang malang bagi saya kerana pagi2 lagi saya kena kejar monyet..apa2 pun gembira jgk sebab boleh jadikan pengalaman berada di kolej Burhan..adoiii...monyet2..ape yang kau tak puas hati ngn aku hah, penat aku lari tau...hemmm...langkah pertama keluar bilik untuk ke kelas penulisan kreatif hari ini membuatkan mata saya melilau-lilau takut monyet tu ade lagi..rse yer tak nak dah main macam tu..penat..sebenarnya saya masih lagi tidak ada idea untuk tugasan Dr.Mawar...adoii mcm mana ni..tapi bila masuk kelas hari ni minda saya telah dicelarukan oleh bermacam- macam watak hang tuah oleh dr. mawar dan membuatkan saya tiba- tiba mendapat satu mentol, idea la....erm saya bayangkan hang tuah menjadi seorang pakar motivasi dan kaunseling dan beliau akan manjadi rujukan ramai orang yang bermasalah untuk mendapatkan jalan penyelesaian dan khidmat nasihat..hah camne? ok x???

Rabu, 2 September 2009

adoii...macam mana dengan blog saya ni..orang lain semua dah ada idea..aku nk buat ape ni...Hang Tuah tolong aku.......

Khamis, 27 Ogos 2009

selamat datang....

Selamat datang ke blog saya. Blog ini dicipta khusus untuk kursus saya pada semaster ini iaitu kursus Penulisan Kreatif di bawah Dr. Mawar Shafie. Diharap apa yang terkandung di dalam blog ini nanti sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam menghasilkan sebuah karya kreatif yang menjadi tugasan untuk kursus ini.