Sabtu, 5 September 2009

cobaan.....

jam menunjukkan pukul 10.30 pagi, di kala itu mentari baru merangkak untuk pertontonkan diri. tanpa membuang masa saya dengan cepat bersiap- siap untuk ke kelas Sastera Hikayat, namun setibanya di kelas, saya mendapati tiada seorang teman pun yang berkelibat. detik itu barulah saya teringat bahawa kelas di anjak ke pukul 1 thgari. tanpa berfikir panjang, saya bersama kawan saya meluru ke jalan untuk ke destinasi seterusnya iaitu PTSL untuk mencari bahan Sastera Hikayat. setibanya di sana, sekali lagi saya mendapat ujian yang sama kerana PTSL tutup kerana minggu pertama. Ya Allah! penatnya. saya dan kawan saya terus duduk di satu tempat untuk menghilangkan penat. di situ saya menjadi kaunter pertanyaan pula kerana orang-orang yang datang akan bertanya kepada saya kenapa PTSL tutup. saya melihat ada bermacam- macam telatah dan memek muka manusia apabila dalam situasi terkejut melihatkan PTSL tutup. saya tergelak seorang diri. macam mana memek muka hang tuah ye kalau terkejut?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan