Isnin, 19 Julai 2010

Sesi pengkuliahan telah masuk minggu ke dua. Bermula pada hari Isnin hingga Khamis jadual sudah penuh dengan kuliah dan juga tutorial. Banyak buku yang kena beli dan memerlukan sedikit pengorbanan dari segi kewangan. Sudah ada tiga atau empat tugasan sama ada secara kumpulan atau individu dan yang pasti semester ini ada pembentangan secara pidato di bawah khursus Dr. Mawar iaitu Sastera Bandingan. Hebat dan ini adalah pengalaman kali pertama saya. Bagi khursus Sastera Asia Tenggara pula diwajibkan membaca empat buah novel iaitu dari Brunei, Singapura dan Indonesia. Bagi novel individu pula saya memilih novel Indonesia iaitu Kasidah Lereng Bukit oleh Ahmad Munif.

Khamis, 21 Januari 2010

Semester baru, azam baru, semoga apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan. Kesungguhan dalam melakukan apa jua perkara akan membuahkan hasil yang baik. Mohon restu dari mak ayah agar perjalanan dalam mencari ilmu sentiasa diberkati. Semoga tabah dalam menghadapi kesukaran dan apa yang paling penting ialah sentiasa berdoa kepada Allah dan bertawakkal kepadanya. Hanya padanya mampu berserah.