Jumaat, 23 Oktober 2009

kalau rezeki tak kemana..

Sudah dua hari bekas pensil saya hilang .Puas saya mencarinya, sehingga ke perpustakaan kerana saya ingat saya tertinggal di situ tetapi tidak juga berjumpa. Akhirnya saya merelakan kehilangannya. Didalamnya terdapat satu pendrive, duit, dan alat tulis. Malam tu ada seorang lelaki telefon dan memberitahu dia menjumpai bekas pensil saya. Kami membuat temujanji di FSSK untuk mengantar bekas pensil dan tidak ada kalimat lain untuk diucapkan selain dari terima kasih diatas kejujurnya hatinya. Inilah yang dikatakan 'kalau dah rezeki tak kemana'.

1 ulasan: