Khamis, 21 Januari 2010
Semester baru, azam baru, semoga apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan. Kesungguhan dalam melakukan apa jua perkara akan membuahkan hasil yang baik. Mohon restu dari mak ayah agar perjalanan dalam mencari ilmu sentiasa diberkati. Semoga tabah dalam menghadapi kesukaran dan apa yang paling penting ialah sentiasa berdoa kepada Allah dan bertawakkal kepadanya. Hanya padanya mampu berserah.
Jumaat, 23 Oktober 2009
gembiraku tak tergambar
Setelah mendapat emel dari DBP yang mengatakan saya adalah salah seorang pemenang peraduan kritikan esei, hati ini sudah diulik kegembiraan. Gembiraku tidak terkhabar oleh kata- kata. Aku segera menelefon ibu di kampung untuk memberitahu khabar gembira ini. Ibuku mengucapkan tahniah. Aku berjaya mendapat tempat ketiga dan memenangi hadiah wang tunai berjumlah seribu ringgit, sijil dan hamper. Terima kasih kepada Che Lah, En.Zubir, Dr. Mawar dan rakan- rakan yang banyak membantu.
kalau rezeki tak kemana..
Sudah dua hari bekas pensil saya hilang .Puas saya mencarinya, sehingga ke perpustakaan kerana saya ingat saya tertinggal di situ tetapi tidak juga berjumpa. Akhirnya saya merelakan kehilangannya. Didalamnya terdapat satu pendrive, duit, dan alat tulis. Malam tu ada seorang lelaki telefon dan memberitahu dia menjumpai bekas pensil saya. Kami membuat temujanji di FSSK untuk mengantar bekas pensil dan tidak ada kalimat lain untuk diucapkan selain dari terima kasih diatas kejujurnya hatinya. Inilah yang dikatakan 'kalau dah rezeki tak kemana'.
duit raya..
minggu lepas en.zubir buat rumah terbuka hari raya. saya tidak melepaskan peluang ini untuk berkunjung ke rumahnya. saya bersama 2 lagi rakan pergi menaiki teksi. ramai yang sudah sampai sewaktu kami tiba. kami dijemput makan dan terdapat hidangan di atas meja seperti mee goreng dan rendang. kami bergelak ketawa apabila tikah mula membuat aksi-aksi lucunya. kami juga bergambar sebagai kenang-kenangan. sebelum balik kami diberi duit raya. saya menyimpannya baik- baik dan tidak akan menggunakannya. afiq telah menghantar kami pulang apabila mendapat tahu bahawa kami tidak tahu untuk balik dengan apa. terima kasih en.zubir,terima kasih afiq.
Rabu, 14 Oktober 2009
jasamu kukenang..
Hari ini lepas kelas sastera hikayat, ada jamuan raya bersama Puan Hajah, ada pelbagai juadah di sediakan. En.Zubir juga dijemput bagi memeriahkan suasana dan kami didendangkan lagu raya oleh beliau. Selepas itu, kami bergambar sebagai kenang kenangan. Terima kasih kepada rakan- rakan yang menjayakan jamuan ini dan terima kasih kepada Puan Hajah dan En. Zubir di atas segala ilmu yang dicurahakn..sesungguhnya ilmu pelita kami. Doakan kejayaan kami..
Rabu, 7 Oktober 2009
assaingmant..
Hari ini sehari suntuk saya di perpustakaan, mencari bahan untuk assingment, sehinggakan bumi dalam dakapan hujan pun saya tidak perasan. Saya terjumpa buku tentang Kaedah menanam bagi durian klon dan dan Kaedah mudah membiak pokok ciku, hati terdetik mengapa tidak saya garapkan cerita hang tuah sebagai petani moden atau terlibat dalam bidang pertanian..tentu menarik kan?
Rabu, 9 September 2009
apakah hikmah disebaliknya?

selama 2 bulan saya menunggu seperti menunggu buah yang tidak gugur. ahh sedih hati ini hanya tuhan yang tahu, saya seolah- olah dimain- mainkan oleh ptptn dengan memberi tarikh2 yang palsu. saya menunggu sesabarnya..tapi ini semua dugaan buat saya. Apa yang di tunggu hanya semata- mata tunggu tiada yang berubah. kecewa, sedih, pilu, hampa semuanya berhimpun dalam kotak perasaanku. siapakah gerangan yang sudi menghiburkan hatiku yang duka lara ini? di mana tuan hamba wahai hang tuah? datanglah kepadaku, bisikanlah kalimat2 yang boleh membangkitkan kembali semangatku .tuturkanlah butir bicaramu yang syahdu itu agar bisa menjadi pengubat kecewaku..hidangkanlah aku dengan motivasimu agar aku lebih tabah menghadapi dugaan ini..bisakah hang tuah menjadi seorang pakar dalam motivasi? knapa tidak kan, hang tuah bukan sembarangan orang. semuanya boleh menjadi kenyataan..
Langgan:
Catatan (Atom)
